Pages

Wednesday, February 1, 2012

Biodata: Muhamma Farhan Hazim

Muhammad Farhan Hazim

bermaksud
Yang terpuji, penuh kegembiraan dan berjimat
Nama timangan: Farhan / A'an / Adik
Sesuai dengan namanya..
Farhan seorang yang sangat ceria dan mudah mesra..
Sangat suka kepada ketawa..
dan suka membantu
Sangat ringan tulang..
dan selalu menjadi tukang ingat mama..
(Perangai yang persis Pahin...mungkin sebab itu kalian rapat)


Dilahirkan pada : 22 October 2009
Jam : 0930 pagi
Tempat : Putra Medical Center

Gigi pertama tumbuh : 4 btg bwh dan atas pada usia 6 bulan
Kali pertama berjalan : usia 8bulan (cepat kan?)
Bercakap : usia 24 bulan (pelat..hehehe maaf mama selalu ambil masa nak memahami butiran kata adik)

Rancangan TV yang diminati :
  1. Boboboi
  2. Upin dan Ipin
Farhan .. adalah anak mama yang mudah ketawa sampai mengekel-ngekel.
Suka berjenaka.
Sangat suka mengusik abang2 dan kawan..
yang pastinya
mesti nakk menang!
Seorang adik yang baik , yang bertanggungjawab terhadap
barang2 sendiri..
Sangat Manja dengan Mama
Mungkin sebab adik seorang sahaja yang mama breastfeed hingga 2 tahun..!
(Maaf Fariz..Maaf Farihin...Mama naif masa dulu..tak byk research dan reading yang mama buat..)


Cita-cita (setakat ini) : Pilot ( terlalu asyik dgn aeplane dan helicopter)
Warna kegemaran : tak nampak lagi


Komen dari bebesitter : Sangat peramah dan manja pada orang2 tertentu.  Senang nak handle so anak-anak bebesitter suka bawak pergi jalan. Kuat makan...tak berenti kecuali tidur..
Kelakuan : Kelakar dan peramah. Pemalu tetapi banyak cakap kalau kenal orangnya. Tak reti duduk diam . Sangat suka makan dan berhenti makan bila nak tidur. ^_^!
Tempat paling digemari : Dlm pelukan mama..muahahaha anak mama, kan adik?

Pesan mama:
Sama seperti pesan mama pada abang2
A'an .. walau ke mana pun A'an berada ..
Ingatlah Islam adalah agama A'an dan menjadi landasan serta pegangan hidup.
Amalkan kehidupan ahli sunnah wal jamaah
Dan sebagai seorang pemimpin,  
Bantulah abang2, pimpinlah keluargamu 
sentiasa berlandaskan ajaran islam ..
Mama sangat sayang A'an
I luv you, By..

No comments:

Post a Comment

Dia yg baik hati ..