Pages

Tuesday, February 21, 2012

. . ::Bicara mama:: . .

Dah hampir seminggu blog ini mama tinggalkan

banyak betul perkara yang mama ingin kongsikan
Ketika ini mama agak ralat,
banyak moment yang tidak dapat mama
rakamkan

Mama berazam untuk merakam setiap moment bersama
kalian

Nampaknya wishlist mama makin bertambah

Tinta dari ♥mama yg comel♥

Wednesday, February 15, 2012

. . : : Public Holiday:Part 3:Build a Tent?

Pagi Isnin,
kita sekeluarga ke rumah mak de.

Makde ada buat BBQ malam nanti..
Kebetulan mama..kononnya ada photoshoot bersama2 dengan mak tih dan mak ngah..

Sampai je di rumah Makde,
tak sangkalah pulah sudah tertebar luas kain khemah untuk di pasang..

Mungkin Pak De nak pasangkan untuk anak-anak mama nanti ..
betulkan anak?
 
Tapi mama tahu,
Abang akan tak dapat nak tahan diri..
Terus saja abang duduk di situ..
mula memasang khemah
Ayah pun tolong bantu abang sekali...
kesian abang buat sorang-sorang ya...

Mana Farihin?

Ermm, Farihin kalau dah jumpa makanan tak boleh buat apalah...
Gembira sungguh dapat makan spaghetti mak de..
Minat yang tak dapat dipisahkan.. @_@!
Anak mama..


Usaha demi usaha anak mama...takkan mengalah...

Masih berusaha sehingga selesai kerja..

Hampir siap yer anak? Alhamdulillah berkat tekun..
I know you can do it..
my son!
Perbualan ayah dan Abang (Boys talk?)
Mana kita nak letak nie ayah?
Kita letak kat sini jer..kata ayah...
Tak keras ke ayah?Macam tak stabil je @@@###?

Dan Farihin?
Masih meneruskan aktiviti makannya..
Farhan?
bersama mama...aktiviti photoshoot kononnya itu.. ^_^!

Khemah yang dah siap
Farihin yang suka makan!

Farhan ..daripada munculnya nie?


Kepenatan..anak-anak mama..
kekenyangan..
posisi yang sama..memang dari kecil..
posisi anak-anak mama mesti lebih kurang sama saja..
Macam kembar sayangku...

Dan mama, baru habis shooting konon-konon untuk online shopping JV adik beradik kami...

p/s:Anak2 mama ..mama akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.
coz you're my so important and special and PRECIOUS to me and ayah!
God Bless you ALways!

Tinta dari ♥mama yg comel♥


Tinta dari ♥mama yg comel♥

Tuesday, February 14, 2012

. . Public Holiday:Part 3:3Fs when to 1Malaysia Expo Book

Alhamdulillah anak mama,
rasanya cuti umum ini kita memang telah gunakan dengan sebaik mungkin..
sungguhpun kita tidak bercuti ke luar kawasan
mungkin ke utara atau selatan
atau pulang ke tanah tinggi
atau mungkin juga pulang ke kampung.
(sedikit sadis ketika mama menulis ayat ini .. iskiskisk)

We really fully utilised the whole week..didn't we?

Hari Sabtu kita bermasak2an,
hari ahad..
we've our day out.
where to?

1Malaysia Book Expo kat PWTC

I want to spent for you guys books..
since I've received RM200 1 Malaysia voucher (mama masih student ya sayang)



Ketika baru sampai,
gelagat anak-anak mama...

A'an..buat pose paling tak menarik mama rasa..hehehe
masa ni A'an baru jer lepas makan roti gardenia...
adakah ini muka kenyang wahai anak?

Farihin.. berehat lepas baru lepas berkejar-kejaran dengan Fariz..
Apa saja idea mereka ni..

Naik lif turun lif lah..
(Lifnya bukan lif betul..ermm kaki ayah yang dijadikan lif..hailah anak!)


Tak booleh mama nak beri post menarik...
yang bergayut kat belakan mama..satu lah..yang dudk di pangkuan tu satu hal jugak
yang bersandar kat tepi itu ppun satu lagi...

Mam sangat sayang kalian..
Buah hati mama..

Sempat mama ber 'peace to world ' jap.. ahaks

 
apa yang anak mama nampak?
Betul sayang..
ada Fariz, ayah,farihin dan farhan..
jauhnya semua orang...


Farihin dah penat ke?
Manja ngan ayah..

Abang tak sudah2 dgn buku Machine.. Semua kedai kita cari
anak..satu buku machine pun kita tak jumpa..
akhirnya anak mama jumpa juga buka lain..
tapi bolehlah..kan sayang..

Bongkar lagi..err bukan yang itu ke yang Fariz nak?

Aaaaa...saving enery? oklah buku ni..

Tekun Fariz ngan Farihin...apalah yang anak mama faham tu?

Menyusun puzzle sementara tunggu mama que membayar buku mereka..
Topi Upin dan Ipin tu..
kita dapat dari booth Upin Ipin..
seronok A'an..
Dia yang minat Upin Ipin tu..
Ingat tak?
Kita ada dapat mini speaker..
ada suara Ipin dalam tu..
Betul Betul Betul...
hahaha kelakarlah..
Tekunnya...
Farhan dapat belon..ada 3 belon semua sekali..
tapi dapat kat Farhan ...
semuannya pecah..
geram ke adik?

naperlah dicengkam belon tu?
Alhamdulillah kita dapat
beli byk buku hari tu..
semuanya dgn harga yang jauh lebih murah..
walaupun spent cum Rm150 voucher..
kami dapat beli..
CD mengaji satu set - RM50
Buku cerita 365hari cerita rakyat- RM32
Buku 5Eksperimen - RM50
Buku cerita lain2 yang kebanyakkannya berharga antara Rm1 ke RM5.


Mama sangat sayang kalian

 
Tinta dari ♥mama yg comel♥

Monday, February 13, 2012

. . : : Public Holiday yang sangat bermakna: Part 2 Farhan bancuh milo untuk semua?? : : . .

A'an lah pulak ..A'an lah pulak...

Anak yang ini..kalau tak dapat apa yang dia mahukan..pasti menangis..
Selagi tak dapat..selagi itulah tak berhenti menangis..sehinggalah mama berjaya mengalihkan fokus dia ..

dan akhirnya berjaya juga...daripada hendak membuat sandwiches..
Dia akhirnya berjaya membuat air milo untuk kami semua...
tengok tu ...
tercopong mulut anak mama sambil menuangkan
susu pekat cap xyz ke dalam bekas air..


Dan dia pun mula mengacau-ngacau air itu...

Farihin tolonglah .A'an....
Asyik A'an jer buat....
Itulah rintihan si no 2(berbaju kuning tu)

Dan dia terus mengacau..dan mengacau....
Kalau suruh anak mama nie berhenti mengacau..
menjeritlah dia...

Maka teruskan aktiviti mengacau itu sehingga puas ya anak... ^_^!

Dan abang-abang tidak sabar melihat akan tindakan A'an yang sangat lamalah mengacau itu..

Meh A'an ..abang tolong.. (Fariz volunteer nak tolong..kononnya)

Dan akhirnya kedua-dua orang abang give-up.
Biarlah A'an terus mengacau dan mengacau dan mengacau..

Dan Farihin, volunteer pulak nak tolong mama basuh pinggan mangkuk yang ada dalam sinki.

Waaa tersenyum lebar lah mama..
Walaupun mama tahu, lebih main sabun daripada membasuh..
tapi mama tahu kalian boleh diharap..InsyaAllah...


AAAAAA..
sedapnya air yang A'an buat nie..
Penuh dengan kasih sayang!

Abang minum 3cawan sekaligus...walaweih..


Ya Allah ya tuhanku,
Kau kurniakan anak-anakku ini budi pekerti yang tinggi,
Sentiasalah mereka ini menghormati orang2 yg lebih tua dari mereka,
Dan sentiasalah mereka ini menyayangi ibu bapa mereka.
dan menghormati mereka..

Amin ya rabbal alamin..

Tinta dari ♥mama yg comel♥

Sunday, February 12, 2012

. . : : Public Holiday yang sangat bermakna:Part 1:Abang make sandwich : : . .

Ermmm sedapnya sandwich abang nie!
Pagi itu .
mama terasa ingin berkongsikan sesuatu dengan kalian..

Agar kalian bukan sahaja not only know what a man should do,
how a man should behave..

but I also want you to know and to appreciate woman
your mom, sisters, aunties, friends and future..
your wife..

So mama dapat idea untuk bersama-sma kita lakukan satu aktiviti yang menyeronokkan
kalao seorang yang buat mungkin seronok..
kalau 2 orang yang lakukan benda yang sama...
dah jadik 2ronok..
maka kalau ramai lagi beronok-ronok lah jadiknya!


Abang sedang membuka tin sardine ... dengan pengawasan mama


Mama cuba berikan abang dan anak2 mama yang lain suatu pengalaman
yang ti dak mungkin dilupakan..
gain your experience my darling...
Do not ever say you can;t
Coz you're always can do it..!

*Sekiranya semua dia bawah penjagaan ibu bapa , InsyaAllah tidak akan berlaku perkara yg tidak diingini..

Kerana mama tahu.. anak2 mama like to explore new things..
Same things are boring..



Abang sedang mengeluarkan ikan sardine dari dalam tin..and guess what..hancur ikan tu..sebelum ia sepatutnya dihancurkan...hahaha ^_^!
Farhan duk sibuk minta giliran..
A'an lah pulak..A'an lah pulak..
Ala cianya anak mama nie...

Sessi menghancurkan ikan sardines yang memang dah separuh hancur...


***** sebelum di ratakan diatas roti..sedia maklum ya..sardine itu dimasak dulu..*****
Farihn pun sama nak membantu..tebal2 sardinenya yer ...wa...

A'an lak..A'an pun nak tolong jugak...
Seronok sungguh masing2 buat projek Sandwiches ni..habis semua roti, kalian sandwich kan..
Farhan yang dah boring..Lambatnya nak siap..A'an dah lapar nie...
Dan masuk sedikit ke mulut .. Get caught !
OOOO menyambil yer...
Dan alhamdulillah anak2 mama happy and enjoy doing their part..

I know I can count on you guyz..I'm very proud of you


Tinta dari ♥mama yg comel♥

Friday, February 10, 2012

. . : : Rhymes:Months of the Year Chant! : : . .


Tinta dari ♥mama yg comel♥

Sunday...Monday...Tuesday...Wednesday...Thursday...Friday...Saturday...

Another Rhymes Song for 7days in a week..which I guess simple and easy for you to remember my dear sons...

And it's easy also for you to remember it in Malay Version.. ^_^!


Tinta dari ♥mama yg comel♥

. . : : Nursery Rhymes:Day of the week : : . .

Anak-anak mama,
Look what I've got for you...

Setelah berapa hari mama memikir bagaimana untuk memudahkan anak mama memahami dan mengingati hari2 dalam seminggu..

Alhmadulillah I found one for you guys!



Tinta dari ♥mama yg comel♥

Saturday, February 4, 2012

. . Alhamdulillah anak . .

Alhadulillah anak mama..
Malam semalam mam sempat membacakan buku untuk kalian..
hehehe
Buku kali ini pilihan Farihin...



Macam2 suara keluar dari mulut mama...
mana suara nk jadik tukang ceita...
suara Baby Bop nya ... Si hijao rhino yg comey!
suara BJ nya..Si kuning rhino yg aktif!
suara Barney nya..oho tidak lupa juga si purple yang suka menyanyi..
hahaha...


Apa sinopsisi buku nie?
Buku ini mengisahkan tentang Barney dan anak sedaranya BJ dan Baby bop yang
telah melawat ladang ternakan haiwan..
Bagaimana sebenarnya
kehidupan seorang peladang yang
sarat dgn jadual kerja dari pagi hinggalah ke petang..
Pagi harus..bagi makan kuda,
Pungut telur ayam..dan etc..

Mama rasa sangat bagus bg anak2 mama mengetahui kehidupan seorang peladang..
@least you know and appreciate other people life..
Apa yang mereka telah pun 'add value' to our life..



Kenapa anak2 mama suka akan buku ini =)
Mama pasti suatu hari nanti kalian akan bertanya..
Kerana buku ini sangat colourful..and the colors are so attractive..
macam alive..
tapi mungkin juga kerana si pembacanya adalah mama..
kan sayang?



Pesan mama:
Ingat anakku...walau setinggi mana pun kamu pendidikanmu..
sejauh mana pun telah kamu pergi..sentiasa menghargai orang2 disekelilingmu..
Hargai setiap usaha mereka walupun sekecil zarah pun..
Ingat pesan mama ini sayangku..


Tinta dari ♥mama yg comel♥

Wednesday, February 1, 2012

.. Mama..terlelap..

Farhan

Fariz a.k.a abang
Hampir setiap malam..
mama akan cuba bacakan buku cerita untuk anak-anak mama..
Buku Abu Menti lah,
Buku Barney lah,
Buku Tuti lah...

Kisah malam semalam..

Farhan: mama...aca tuti..aca tuti mama

Buku Tuti ditarik ke arah mama..
tangan mama ditarik...
Disua kan buku ke muka mama..
alahai anak..mama dah mengantuk sangat..

Pelepap!!

Adoi..sakitnya muka..
buku?
Owh abang Fariz..
Fariz pula datang tunjukkan buku latihan yang dah siap dibuatnya..
'I love sister'
senget2..tak lurus...sekejap tulisannya mendaki gunung..
sekejap tulisannya menurun gunung..
Sian abang seusia ini pun dah ada homework..
Macam mana lah nanti kalau sekolah..

tapi Farhan..Fariz..
maafkan mama..

Semalam mama terlalu mengantuk..
Buku sudah mama pegang..
tapi mata terus layu..
dan layu dan layu..

dan akhirnya terlelap jua mama..


Tinta dari ♥mama yg comel♥

Biodata: Muhamma Farhan Hazim

Muhammad Farhan Hazim

bermaksud
Yang terpuji, penuh kegembiraan dan berjimat
Nama timangan: Farhan / A'an / Adik
Sesuai dengan namanya..
Farhan seorang yang sangat ceria dan mudah mesra..
Sangat suka kepada ketawa..
dan suka membantu
Sangat ringan tulang..
dan selalu menjadi tukang ingat mama..
(Perangai yang persis Pahin...mungkin sebab itu kalian rapat)


Dilahirkan pada : 22 October 2009
Jam : 0930 pagi
Tempat : Putra Medical Center

Gigi pertama tumbuh : 4 btg bwh dan atas pada usia 6 bulan
Kali pertama berjalan : usia 8bulan (cepat kan?)
Bercakap : usia 24 bulan (pelat..hehehe maaf mama selalu ambil masa nak memahami butiran kata adik)

Rancangan TV yang diminati :
  1. Boboboi
  2. Upin dan Ipin
Farhan .. adalah anak mama yang mudah ketawa sampai mengekel-ngekel.
Suka berjenaka.
Sangat suka mengusik abang2 dan kawan..
yang pastinya
mesti nakk menang!
Seorang adik yang baik , yang bertanggungjawab terhadap
barang2 sendiri..
Sangat Manja dengan Mama
Mungkin sebab adik seorang sahaja yang mama breastfeed hingga 2 tahun..!
(Maaf Fariz..Maaf Farihin...Mama naif masa dulu..tak byk research dan reading yang mama buat..)


Cita-cita (setakat ini) : Pilot ( terlalu asyik dgn aeplane dan helicopter)
Warna kegemaran : tak nampak lagi


Komen dari bebesitter : Sangat peramah dan manja pada orang2 tertentu.  Senang nak handle so anak-anak bebesitter suka bawak pergi jalan. Kuat makan...tak berenti kecuali tidur..
Kelakuan : Kelakar dan peramah. Pemalu tetapi banyak cakap kalau kenal orangnya. Tak reti duduk diam . Sangat suka makan dan berhenti makan bila nak tidur. ^_^!
Tempat paling digemari : Dlm pelukan mama..muahahaha anak mama, kan adik?

Pesan mama:
Sama seperti pesan mama pada abang2
A'an .. walau ke mana pun A'an berada ..
Ingatlah Islam adalah agama A'an dan menjadi landasan serta pegangan hidup.
Amalkan kehidupan ahli sunnah wal jamaah
Dan sebagai seorang pemimpin,  
Bantulah abang2, pimpinlah keluargamu 
sentiasa berlandaskan ajaran islam ..
Mama sangat sayang A'an
I luv you, By..