Pages

Saturday, January 28, 2012

. . Biodata : Muhammad Farihin Hazim . .

Muhammad Farihin Hazim
bermaksud
Yang terpuji, penuh kegembiraan dan berjimat
Nama timangan: Farihn / Pain

 
Sesuai dengan namanya..
Farihin seorang yang sangat ceria dan mudah mesra..
Sangat suka kepada ketawa..
dan suka membantu
Sangat ringan tulang..
dan selalu menjadi tukang ingat mama..


Dilahirkan pada : 10 Ogos 2007
Jam : 1030 petang
Tempat : Putra Medical Center

Gigi pertama tumbuh : 2 btg bwh pada usia 6 bulan
Kali pertama berjalan : usia 12bulan
Bercakap : usia 14 bulan (tidak pelat)

Rancangan TV yang diminati :
  1. Disney Junior
Farihin .. adalah anak mama yang mudah ketawa sampai mengekel-ngekel.
Suka berjenaka.
Sangat suka dismantle mainan..
yang pastinya
tidak boleh dipasang balik.. a.k.a musnah
Seorang adik yang baik pada abangnya dan seorang yang bertanggungjawab terhadap
adiknya..



Cita-cita (setakat ini) : Polis
Warna kegemaran : Hitam (Sebab uniform Polis warna blue black ..nmpk macam hitam kot)


Komen dari guru : Sangat peramah dan manja. Mudah respons bila di 'approach'
Kelakuan : Kelakar dan peramah. Pemalu tetapi banyak cakap. Tak reti duduk diam . Sangat suka makan dan berhenti makan bila nak tidur. ^_^!
Tempat paling digemari : Office ayah (Dekat TM sebab ada banyak cables dan tools yang hebat2..muahaha anak mama mmg sangat menggilai tools)



Pesan mama:
Pain .. walau ke mana pun Pain berada ..
Ingatlah Islam adalah agama Pain dan menjadi landasan serta pegangan hidup.
Amalkan kehidupan ahli sunnah wal jamaah
Dan sebagai seorang pemimpin,  
pimpinlah adik dan bantulah abang, pimpinlah keluargamu 
sentiasa berlandaskan ajaran islam ..
Mama sangat sayang Pain
I luv you, By..
 
Tinta dari ♥mama yg comel♥

. . Biodata : Muhammad Fariz Hazim . .

Muhammad Fariz Hazim
bermaksud
Yang terpuji, penunggang kuda yang tegas dan berjimat
Nama timangan: Fariz / Abang

Sesuai dengan namanya..
Anak mama yang sulung ini tegas dan serius
Sangat suka kepada technical skill..
dan berstruktur
Apa saja yg melibatkan skill..
dia sangat tertarik..


Dilahirkan pada : 23 Ogos 2006
Jam : 1830 petang
Tempat : Poliklinik Bersalin Syahirah

Gigi pertama tumbuh : 2 btg bwh pada usia 6 bulan
Kali pertama berjalan : usia 12bulan
Bercakap : usia 14 bulan (tidak pelat)

Rancangan TV yang diminati (boleh menangis kalo tak tukar channel tu):
  1. How Do They Do IT
  2. How It's Made
  3. MegaStructure
  4. Swamp Logger
  5. Dirty Job by Mike Rowe
Yer..anak mama .. Fariz memang sangat teruja kalau menonton cerita sebegini..
Kadang-kadang mama dan ayah kehabisan jawapan untuk memenuhi segala 'kenapa' abang itu...
Dan mama tahu, apa yang Fariz inginkan..
InsyaAllah akan mama cuba penuhi..



Cita-cita (setakat ini) : Bomba
Warna kegemaran : Merah (Sebab uniform bomba warna merah)


Komen dari guru : Sangat matang kalau nak bandingkan dengan usia
Kelakuan : pendiam tapi byk berfikir. Tak reti duduk diam dan suka berimaginasi.
Tempat paling digemari : Office ayah (Dekat TM sebab ada banyak cables dan tools yang hebat2..muahaha anak mama mmg sangat menggilai tools)ndan juga ikut mama pergi site



Pesan mama:
Abang .. walau ke mana pun abang berada ..
Ingatlah Islam adalah agama abang dan menjadi landasan serta pegangan hidup.
Amalkan kehidupan ahli sunnah wal jamaah
Dan sebagai seorang pemimpin,
pimpinlah adik2, pimpinlah keluargamu 
sentiasa berlandaskan ajaran islam ..
Mama sangat sayang abang
I luv you, By..


Tinta dari
mama yg comel

. . Doa untuk anak2 mama . .

Anak2 mama..
pagi ini mama melayari internet,
' Doa untuk anak2 yg soleh.. '
lalu mama mendapatkan info ini..
yg insyaAllah mama akan mula amalkan
(di copy dari resepirahsiaku )

  1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
 

2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)


Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." 
 

3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 


Tinta dari
mama yg comel

Pembuka Bicara The Stories For 3 Boys



Blog ini mama tujukan khas untuk anak-anak mama..

Muhammad Fariz Hazim
Muhammad Farihin Hazim
Muhammad Farhan Hazim

Sememangnya sudah lama mama ingin
abadikan sebuah blog khusus untuk kalian..
tentang kalian..

Mungkin sedikit puitis
mungkin sedikit bermadah
mungkin juga sedikit emosional
ketika mama menulis blog ini

tapi percayalah anak2 mama..
Blog ini cukup bermakna pada mama..
Semoga kalian akan mengingati setiap detik kala
kita bersama..
dari kalian kecil hinggalah sekarang...

Mama tidak bermaksud untuk bermegah
atau memperkecilkan kalian
tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman
meluahkan keluh kesah..
keluh bukan bererti penyesalan
keluh bukan bererti marah
 Jangan sesekali anak2 mama berprasangka begitu
TIdak sesekali mama marah kalian

Mama sayang kalian..
kerana
kalian adalah
anak-anak mama..
buah hati mama...